Caj – Domestik

 
Kategori Caj Bulanan (RM)
Rumah kediaman kos rendah dan rumah Kerajaan di dalam kategori F, G, H dan I yang menerima sama ada Perkhidmatan Tangki Septik Individu atau Perkhidmatan Pembetungan Bersambung 2.00
Rumah kediaman kampung, rumah kediaman kampung baru, rumah kediaman estet yang menerima sama ada Perkhidmatan Tangki Septik Individu atau Perkhidmatan Pembetungan Bersambung 3.00
Premis dan rumah Kerajaan di dalam kategori A, B, C, D dan E yang menerima Perkhidmatan Tangki Septik Individu 6.00
Premis dan rumah Kerajaan di dalam kategori A, B, C, D dan E yang menerima Perkhidmatan Pembetungan Bersambungs 8.00

"Premis Domestik" ertinya mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman penduduk.

"Rumah Kediaman Kos Rendah" ertinya mana-mana premis domestik/kediaman yang diklasifikasikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Negeri sebagai "rumah kos rendah".

"Rumah Kediaman Estet" eritnya mana-mana premis domestik yang terletak di atas tanah yang diiktirafkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan untuk tujuan pertanian di bawah seksyen 52 dan 53 Kanun Tanah Negara 1965. Di atas tanah tersebut di mana premis domestik berkenaan adalah terletak dan meliputi tanah yang digunakan untuk tujuan atau tujuan-tujuan mengusahakan tanaman (termasuk pokok-pokok yang diusahakan untuk hasilnya), tanaman untuk dipasarkan, membiak serta membela madu lebah, ternakan dan reptilia, dan kultur-akuatik.

"Rumah kediaman perkampungan baru"ertinya mana-mana premis domestik yang terletak atas tanah yang telah diiktirafkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai "perkampungan baru".

"Rumah kediaman kampung" ertinya mana-mana premis domestik yang terletak di atas tanah yang diisytiharkan sebagai kampung oleh Pihak Berkuasa Negeri bersamaan dengan Seksyen 11 Kanun Tanah Negara 1965, atau dianggap seperti yang sepatutnya sebagai sebuah kampung mengikut Seksyen 442 Kanun Tanah Negara 1965.

"Kuarters Kerajaan" Gred A, B, C, D, E, F, G, H, & I adalah ditakrifkan mengikut Perintah Am (Bab E).